Monday, May 18, 2009

Salam semua,

Saya ingin memaklumkan bahawa kami juga ada menyediakan kelas menjahit manik & labuci di mana tenaga pengajarnya ialah noraini dari http//www.msdnoraini.blogspot.com yang sudah lama glamour tu. Kelas dijalankan hanya 1/2 hari iaitu dari pukul 9 pg sehingga 1 ptg shj (12 patern) dan bayaran dikenakan jugak amat berpatutan. Niat kami (kami merupakan sebuah badan kebajikan) ialah memberi peluang kepada perempuan utk menjana pendapatan dr rumah supaya dpt meringankan kos sara hidup mrk. Cikgu noraini pun bersetuju utk membuat kebajikan dgn mengajar di rumah komuniti kami. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya di 03-79543008 (puan pin) atau emailkan nama anda ke salacia07@gmail.com . Tentatif tarikh kelas ialah pd 27 Jun 2009, tempat adalah terhad iaitu 10 orang shj, berminat sila hubungi saya.

Monday, February 23, 2009

Kelas gelang dan brooch-advance

Bagi yang berminat untuk mengikuti kelas aksesori pada 07 March 2009, anda akan diajar patern membuat gelang yang agak susah (advance class ni !!!), ini atas permintaan student yang lepas. Sila hubungi saya untuk mendapat tempat (limited seat aje taw....).

Kelas Aksesori 21-02-09

Kelas aksesori yang telah dijalankan pada Sabtu, 21 Feb 2009 lepas. Seramai 10 perserta telah menghadiri kelas kami. Ada antara peserta yang selepas belajar terus mendapat tempahan setelah menunjukkan output kepada kenalan mereka. Itulah objektif kami, kaum wanita boleh berniaga sendiri di samping membantu suami menambang pendapatan.

Thursday, February 12, 2009

Pusat Komuniti Zon Tengah NCWO

Salam semua, .
Untuk makluman anda, sebagai urus setia di NCWO (National Council of Women's Organisations- sebuah majlis kebangsaan pertubuhan wanita) ingin memberitahu anda bahawa kami ada menyediakan latihan kemahiran khas untuk kaum wanita seperti jahitan manik & labuci, jahitan smocking & embroidery dan membuat aksesori wanita. Kelas-kelas yang kami jalankan ini memberi peluang kepada anda untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Cikgu yang kami lantik adalah berpengalaman dalam bidang masing-masing. Kelas dijalankan atas permintaan ramai iaitu sekurang-kurangnya 10 perserta, pada hari Sabtu, pagi 9.30 sehingga 12.30 petang. Bayaran yang dikenakan adalah amat berpatutan kerana kami hanya menggenakan caj kebajikan (tidak lebih dari RM100). Sekiranya anda berminat, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut di ncwocentralzone@yahoo.com.

Saturday, April 12, 2008

Tempahan jahitan manik

Selain menerima jahitan smocking pada gaun kanak-kanak, saya juga menerima tempahan jahitan sulaman manik&labuci.
Salam sejahtera semua,

Saya mula berkecimpung dalam bidang ni semenjak tahun 2001 yang lalu dengan membuat jahitan smocking untuk anak saya sahaja. Setelah beberapa kawan meminta saya supaya menerima tempahan mereka, dari situlah terlintas untuk membuat secara on-line.

Kerjaya ini adalah secara sambilan sahaja.
Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi saya di talian tertera di atas .

Sekian.

Kelas 23 jan 2010

Kelas 23 jan 2010
Pengerusi, Prof Nik sedang memberi kata semangat

Peserta 23 jan

Peserta 23 jan
Geng yg siap baju, ada yg dah siap jahit mank lg

Peserta Kumpulan ke2

Peserta Kumpulan ke2
Cikgu pesan balik buat jgn simpan ilmu kat dada jer....

Kelas 23 jan 2010

Kelas 23 jan 2010
Cikgu midah sedang mengajar cara memotong kain

Peserta 12 & 13 Dis 2009

Peserta 12 & 13 Dis 2009
kelas 1st menjahit baju kurung

Kelas menjahit baju 12 & 13 dis

Kelas menjahit baju 12 & 13 dis
Sedang khusyuk memotong baju